Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada skuad Malaysia bawah 22 tahun yang berjaya melayakkan diri hingga ke final dan berjaya mendapatkan pingat perak di Sukan Sea 2017. Walaupun kita tidak dapat merampaskan kembali pingat emas ke Malaysia, tetapi kita harus memberikan kredit kepada semua pemain Malaysia yang mencurahkan keringat demi kontinjen Malaysia.

Pada aksi final yang berlangsung pada malam tadi, ianya mengimbau kembali nostalgia hitam yang terjadi pada skuad Malaysia pada Sukan Sea 2001 di mana final juga bermain di Stadium Shah Alam dan kita juga memberi kemenangan pada Thailand kerana kesilapan penjaga gol juga.

  1. Thailand dapat menjangka permainan Malaysia dengan mudah

Malaysia memulakan dengan formasi 3-4-3 di mana taktikal yang sama seperti perlawanan sebelum ini. Jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee mengarahkan anak-anak buahnya bermain di bahagian wide area dan banyak melakukan hantaran kepada Matthew Davies dan beliau sering menjadi focal point untuk melakukan crossing ke dalam kotak penalti.

Taktikal long ball terus menerajui pada perlawanan final ini dan ianya memberi kelebihan kepada Thailand kerana mereka sudah menjangkakan taktikal Malaysia yang gemar melakukan long ball ke arah wide area. Oleh itu, mereka sudah mengunci di bahagian aerial mereka dan terus mendapatkan bola dengan mudah.

Malaysia cuba ingin melakukan possession play tetapi pemain Malaysia senang kehilangan bola kerana pressing terhadap pemain Malaysia secara man to man marking. Permainan Malaysia sangat mudah dijangka pada Thailand untuk sepanjang perlawanan ini. Mereka kekal berdisiplin ketika Malaysia meningkatkan intensiti untuk mendapatkan gol penyamaan.

Thailand mengamalkan zonal marking ketika bertahan kerana mereka tahu akan permainan  long ball Malaysia dan crossing ke dalam kotak penalti mereka.

2. Terlalu mengharapkan Matthew Davies dan Safawi Rasid

Pada pemerhatian penulis terhadap perlawanan ini, ianya jelas permainan Malaysia yang ingin melakukan cross dari kedua-dua flanker pasukan Thailand. Mereka menutup segala ruang yang ada pada bahagian wide area dan juga dapat mengunci pergerakan pada kedua-dua pemain Malaysia.

Permainan Safawi Rasid agak merudum pada perlawanan ini kerana beliau dikunci dan diberi marking yang agak ketat pada beliau dan Safawi juga banyak melakukan aksi solo seperti tidak mempercayai pada rakan sepasukan yang lain.

Dengan pertukaran beliau pada separuh masa kedua dengan memasukkan Akhyar Rashid jelas memberi tempo permainan yang berbeza dan memberi kesukaran pada skuad Thailand. Dengan kehadiran Akhyar Rashid dan Syafiq Ahmad pada separuh masa kedua, ianya agak ‘structured’ berbanding pada separuh masa pertama.

3. Malaysia kurang memberi support dan follow up.

Ketika Malaysia menyerang ke kubu Thailand, banyak pemain agak terleka ketika rakan mereka melakukan build up serangan di bahagian final third. Mereka seakan-akan ingin rakan mereka yang memegang bola terus menghantar bola ke dalam kotak penalti Thailand dan tidak mahu meminta bola pada rakan untuk mencipta ruang di bahagian pertahanan Thailand.

Pada 10 minit yang terakhir sebelum perlawanan berakhir dengan 1-0 barulah Malaysia banyak meminta bola dan support pada bahagian midfield dan di bahagian zone 14 serta lebih fluid pada ketika itu. Namun, ianya sudah terlambat pada skuad Malaysia.

Ketika Malaysia bertahan pula, ianya terjadi sebaliknya. Pemain Malaysia bertahan dan membuat interceptions dengan baik dan kemas. Pemain muda seperti Nor Azam Azih dan Syamer Kutty juga cemerlang ketika bertahan dan melakukan tackling pada pemain Thailand.

Tetapi, Syazwan Andik dan Matthew Davies agak merudum ketika bertahan kerana mereka telah memberi ruang yang besar kepada pemain Thailand untuk menyerang dari tempat mereka. Mereka lambat melakukan track back dan terlalu mengharapkan Adib dan Adam Nor Azlin untuk membuat covering di bahagian mereka.

4. Pivot Malaysia tidak menjadi

Seperti yang anda tahu, jikalau ingin menggunakan sistem 3-4-3, 2 midfield tengah perlu menjadi double pivot pada pasukan mereka walaupun pemain tersebut adalah pemain untuk role no.8.

Pada perlawanan ini, Syamer Kutty agak kurang menjadi untuk memberi connection kepada bahagian serangan. Ianya jelas pada separuh masa pertama, beliau banyak melakukan kesilapan sehingga hampir memberi gol mudah kepada Thailand. Beliau bernasib baik dengan kekentalan barisan pertahanan dan ketangkasan Adam Nor Azlin di belakang beliau.

Selepas Syamer ditukarkan dengan Danial Amir, barulah bahagian tengah ada sedikit menjadi dan lebih structured. Ianya jelas memberi kesenangan kepada Nor Azam Azih untuk melakukan serangan dan memberi passing serta gerakan yang berbahaya pada rakan.

Kesimpulan

Walaupun kita bersedih dengan kekalahan 0-1 pada Thailand, kita harus memberikan semangat kepada mereka kerana mereka telah memberikan segalanya kepada negara demi memenangi kembali pingat emas iaitu ibu segala pingat kepada Sukan Sea ini.

Ramai yang mengatakan bahawa Haziq Nadzli ini adalah punca utama pada kekalahan ini. Bagi penulis, kita tidak haruslah menjatuhkan moral pemain tersebut kerana beliau sudah banyak kali melakukan saves yang baik kepada negara. Akibat kesilapan beliau yang amat tragis itu, ramai yang melupakan akan jasa kerja keras beliau dari perlawanan pertama hingga ke perlawanan akhir. Jadi, peminat Malaysia haruslah memberi kata semangat kepada pemain muda ini kerana mereka adalah aset yang bernilai pada skuad Malaysia yang akan datang.

Kepada pemain muda Malaysia sekarang ini, anda harus memandang ke hadapan, jadikan sebagai pengajaran kerana banyak liku dan cabaran yang akan datang kepada anda.