Seperti yang anda tahu, ramai pemerhati-pemerhati bola sepak di dunia ingin menandatangani pemain yang bernama Naby Keita ekoran kecemerlangan beliau yang menunjukkan prestasi yang terbaik ketika mewakil kelab RB Leipzig di saingan Bundesliga. Jurgen Klopp juga berminat untuk menandatangani pemain tersebut dan melakukan bidaan terhadap Naby Keita.

Walau bagaimanapun, jurulatih RB Leipzig, Ralph Hasenhuttl telah memberi mesej kepada seluruh kelab yang ingin membuat bidaan terhadap pemain tersebut terutama sekali Liverpool FC,  bahawa Naby Keita tidak akan berpindah ke kelab lain. Dengan mesej yang dilantarkan oleh jurulatih tersebut, maka ianya memberi tamparan hebat kepada Liverpool kerana kenyataan tersebut telah menutup peluang Liverpool untuk menandatangani pemain tersebut.

Image result for naby keita

Jurulatih RB Leipzig berasa yakin pada pemain yang berasal dari Guinea itu akan kekal di kelab tersebut untuk bersaing di Bundesliga pada edisi akan datang. “Peluang untuk Keita berpindah amatlah tipis.” kata Ralph Hasenhullt.

“Ianya jelas bahawa Naby Keita akan kekal di kelab ini dan terus beraksi bersama RB Leipzig. Ketika jendela perpindahan pemain sudah dibuka, kami sudah nyatakan bahawa kami akan mulakan kempen dengan barisan pemain yang sama seperti sebelum ini dan seluruh pemain tidak akan berpindah. Itulah jawapan kami yang boleh saya keluarkan. Bagi kami Naby Keita merupakan pemain yang penting dan saya yakin beliau akan kekal di pasukan ini untuk bersaing bersama kelab dan mengharungi perlawanan di Liga Juara-Juara Eropah.” kata jurulatih tersebut.

Image result for naby keita

Hasenhullt juga mengakui ramai kelab akan berusaha untuk melakukan perpindahan pada pemain tersebut walaupun di jendela perpindahan musim panas yang akan datang. Beliau menegaskan pada Liverpool FC bukan takat kelab mereka yang mahukan pemain tersebut, ramai kelab yang inginkan Naby Keita. Tetapi tidak berkemungkinan juga Naby Keita akan berpindah jika mereka mendapat bidaan yang tinggi pada jendela musim panas, mereka akan berfikirkan semula. Beliau juga tidak mahu untuk memberitahu kepada media tentang nilai pelepasan klausa pada pemain tersebut yang akan aktif pada tahun akan datang.

“Saya sudah katakan bahawa semua pemain di sini adalah penting dan mereka perlu kekal bersama jika mereka mahu bermain di Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali pada kelab RB Leipzig. Kami mempunyai pemain yang sangat muda dan ianya penting bagi mereka yang ingin bermain di Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam karier mereka. Kami akan mempelajari dengan banyak pada tahun ini.”

“Naby Keita ketika ini lebih fokus dan gembira di kelab ini. Dia tahu musim pada kali ini akan menjadi musim yang menakjubkan pada kami. Untuk bermain di Liga Juara-Juara ianya sesuatu yang menarik bagi beliau.”

Image result for naby keita

Di jendela perpindahan pada kali ini, Liverpool berjaya menandatangani penyerang sayap Mohamed Salah daripada AS Roma, Andrew Robertson dari Hull City dan juga penyerang muda yang menyinar ketika mewakili England Dominic Solanke daripada kelab Chelsea FC. Mereka juga kecewa akan kegagalan mereka untuk menandatangani pertahanan daripada Southampton FC, Virgil Van Dirk. Liverpool FC pada ketika ini bertekad ingin memberi saingan kepada kelab seteru mereka terutama pada Manchester United.