Buat pertama kalinya Segalanya Sukan akan memberikan pelbagai info, rumour, spoiler dan sebagainya mengenai acara yang berlaku di WWE. Untuk artikel pertama, admin akan mengupas lebih lanjut mengenai sukan gusti ini terutamanya WWE,

Semua tahu apa itu WWE, sebut sahaja ‘Monday Night Raw’, Smackdown Live dan NXT, pastinya ada yang terpacak depan laptop seawal jam 7.00 pagi di depan laptop untuk tengok live streaming di WWE.com. Pastinya ramai yang kenal dengan pelakon Fast & Furious ini, Dwayne Douglas Johnson.

Beliau merupakan seorang bintang lagenda semasa WWE meningkat naik dan menjadi muka hadapan WWE setiap kali acara PPV di langsungkan. Untuk rekod, The Rock telah berjaya memenangi sebanyak 17 kejuaraan utama di WWE. WCW/World Championship (2 kali) WWF/WWE Championship1 (8 kali) WWF Intercontinental Championship (2 kali) WWF Tag Team Championship (5 kali) – bersama Mankind (3), The Undertaker (1), and Chris Jericho (1)

Dwayne ‘The Rock’ Johnson

Namun, ramai yang mempertikaikan WWE ini adalah sukan kerana segala-galanya adalah ‘FAKE’. Baiklah, mari admin jelaskan.

Menurut dictionary.com , sukan bermaksud “Aktiviti olahraga yang memerlukan kemahiran atau kehebatan fizikal dan sering bersifat kompetitif.”

Jika anda merujuk kepada nama World Wrestling Entertainment (WWE) itu sendiri, ia bukanlah satu sukan, ia adalah sebuah syarikat yang menguruskan pengusti yang berbakat, menyediakan ‘story telling’, skrip dan jadual serta susun atur perlawanan. Jika anda merujuk kepada “Gusti” atau “Penggusti”, sudah pasti ianya adalah satu bentuk sukan.

WWE menggunakan pelbagai istilah khas dalam menentukan produk mereka, seperti menggambarkan industri gusti sebagai hiburan sukan. SEKELOMPOK peminat PULA dirujuk sebagai “WWE Universe”. MANAKALA Seorang ahli gusti dikenali sebagai “WWE Superstar” DAN ahli gusti YANG bersara dikenali sebagai “WWE Legends” atau “Hall of Famers” jika mereka telah dimasukkan ke dalam Hall of Fame WWE.

Image result for wwe
Roman Reign

Di Malaysia, Malaysia Pro Wrestling (MyPW) yang menjadi asas kepada pembentukkan bakat-bakat baru untuk ipenggusti profesional dari negara kita. Nama-nama seperti Shaukat, Furious Faizal dan ramai lagi adalah nama-nama besar dalam MyPW.

Sekarang mereka masih meneruskan untuk mencari bakat-bakat tempatan untuk di kembangkan ke peringkat antarabangsa.

Anda boleh lihat video di bawah ini.

Kalau anda peminat sukan ini dan rasa mampu untuk menjalani latihan-latihan? Di persilakan untuk mencuba nasib.

Anda MMA Fighter? UFC Fighter? Pakar dalam acara tempur tak semestinya anda bagus dalam bidang sukan gusti profesional ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here