Harimau Malaya terus tidak dapat mencari rentak kemenangan mereka sejak dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman dari Portugal yang digelar “Professor”, Nelo Vingada dan anak-anak buah mereka gagal mencapai kemenangan bagi misi mereka untuk mengalahkan pasukan Korea Utara untuk kelayakan Piala Asia 2019.

Kesemua pemain kebangsaan turun dengan misi untuk melakar kemenangan pertama bagi jurulatih mereka dan perlawanan ini telah diadakan di Stadium I-Mobile di Thailand setelah sebelum ini ditangguhkan sebanyak 3 kali akibat isu panas yang melanda dari segi hubungan antara kedua-dua negara.

Perlawanan ini dimulakan pada pukul 9 malam waktu Malaysia dan pasukan Malaysia telah melanda malang pada seawal minit ke-12 ekoran bola tertampan ke tangan kapten Harimau Malaya, Fadhli Shas. Pemain Korea Utara, Park Kwang-Ryong telah berjaya melakukan sepakan penalti terus ke gawang gol Malaysia.

Skuad Harimau Malaya terus melanda malang apabila pasukan lawan kemudian mengukuhkan kedudukan menerusi tandukan jarak dekat Kim Yu-song selepas Korea Utara dihadiahkan sepakan percuma di sebelah kanan pintu gol Malaysia.

Penyerang tunggal Malaysia, Ahmad Hazwan Bakri hampir menjaringkan gol untuk pasukan Malaysia apabila beliau menerima hantaran dari penjaga gol dari Perak, Hafizul Hakim. Sepakan dari Ahmad Hazwan Bakri walau bagaimanapun tersasar dari pintu gol pasukan lawan.

Separuh Masa Pertama ditamatkan dengan jaringan 2-0 berpihak pada Korea Utara. Penyokong dari Malaysia pada ketika ini berharap agar pasukan kebangsaan mereka dapat merubah rentak permainan mereka menjadi lebih menarik, tetapi sangkaan mereka tidak dapat jangkakan.

Pada separuh masa kedua, pasukan Korea Utara hanya memerlukan 3 minit selepas wisel separuh masa kedua telah ditiup. Jaringan menerusi Kim Yong-il sebelum penyerang yang berkelana ke Switzerland, Jong Il-gwan, menjadikan kedudukan 4-0.

Safawi Rasid kemudian menyumbat gol sagu hati buat Malaysia, namun masih gagal menyekat kekalahan terbesar skuad negara dalam kempen itu,  sekaligus kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan B tanpa sebarang kemenangan.

Pada 13 November 2017, mereka sekali lagi akan berentap di stadium yang sama dan penyokong Malaysia berharap agar perjuangan Harimau Malaya terus membara untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2019.

Adakah Nelo Vingada dapat menemui rentak dan dapat mencari kelemahan Korea Utara pada perlawanan akan datang? Sama-sama kita saksikan pada hari Isnin nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here