Penyerang tinggi lampai dari Perancis, Olivier Giroud telah mengalami kecederaan di bahagian peha beliau ketika Giroud bersama rakan pasukan lain menentang Wales semalam. Perancis menang dengan jaringan 2-0 ke atas Wales menerusi jaringan daripada Antoine Griezmann dan juga Olivier Giroud.

Selepas tamat perlawanan menentang Wales, Giroud telah dihantar terus ke Arsenal yang terletak di London bagi proses rawatan untuk melihat tahap kecederaan beliau. Ianya memberi khabar buruk kepada pengurus Arsenal, Arsene Wenger kerana beliau telah kehilangan ayam tambatan beliau dan mungkin terlepas menjelang pertemuan bersama Tottenham Hotspurs pada 18 November nanti.

Arsenal akan menerima kunjungan Spurs pada 18 November di Emirates Stadium yang akan bermula pada pukul 8.30p.m waktu Malaysia. Spurs pada ketika ini berada di atas Arsenal dengan beza 4 mata dari mereka.

Olivier Giroud telah menyatakan pendapat bahawa beliau tidak menyesal untuk bermain bersama Arsenal walaupun beliau sedar merebut tempat bagi kesebelasan utama untuk Arsenal sangat sukar kerana beliau bersaing bersama Alexis Sanchez dan juga Alexandre Lacazette.

Sebelum ini, beliau telah dikaitkan dengan perpindahan ke Everton pada musim panas yang lalu. Everton pada ketika itu dikendalikan oleh Ronald Koeman, yang telah dipecat ekoran prestasi buruk yang dikendalikan oleh Koeman. Walaupun banyak ‘rumours’ telah diterima oleh beliau, tetapi jiwa Arsenal tetap tertanam di dalam hati Giroud dan menegaskan tidak akan berputus asa untuk memberi bakti bersama Arsenal.

PARIS, FRANCE – NOVEMBER 10: Olivier Giroud of France react with Didier Deschamps during the friendly match between France and Wales at Stade de France on November 10, 2017 in Paris, France. (Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Giroud yang berumur 31 tahun berkata :

“Buat masa sekarang ini, saya tidak berfikir lagi tentang masa depan saya di kelab lain.”

“Saya berasa gembira di Arsenal dan saya berasa baik apabila saya tetapkan pendirian saya untuk tidak berpindah.”

“Saya berfikir bahawa perjalanan saya bersama kelab Arsenal belum lagi berakhir dan ada perkara yang saya perlu selesaikan lagi.”

“Saya percaya dengan kualiti yang ada pada saya. Saya mempunyai banyak objektif bersama Arsenal dan negara tercinta saya, Perancis. Jadi, saya akan cuba fikir ke masa hadapan dan sentiasa mencari peluang untuk saya mencipta gol bagi kelab dan negara.”

Saksikan ‘highlights’ perlawanan antara Perancis vs Wales di video bawah ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here