Pemain sayap yang berprolifik dari Mesir, Mohamed Salah memulakan kempen beliau di Liverpool dengan prestasi yang amat memberangsangkan. Bekas pemain dari AS Roma yang dibeli oleh Liverpool berjumlah 44 juta Euro itu, berjaya meledak 13 gol dan 3 ‘assist’ dari 16 penamipilan untuk kesemua perlawanan yang beliau dimulakan.

Pemain berumur 25 tahun itu berjaya menduduki di tangga teratas carta penjaring terbanyak bagi Liga Perdana Inggeris selepas beliau menjaringkan gol pada perlawanan menentang Southampton pada hujung minggu yang lalu.

LIVERPOOL, ENGLAND – AUGUST 27: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Mohamed Salah of Liverpool celebrates scoring his team’s third goal during the Premier League match between Liverpool and Arsenal at Anfield on August 27, 2017 in Liverpool, England. (Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Dengan prestasi beliau yang amat mengagumkan bersama Liverpool, pasukan dari berpangkalan dari Sepanyol telah menyatakan minat untuk membeli pemain tersebut. Kelab itu adalah Real Madrid. Jikalau Real Madrid ingin membawa pemain tersebut ke dalam skuad mereka, tidak mustahil bagi mereka untuk berbelanja besar bagi mendapat pemain sayap yang berprolifik itu.

Telah dinyatakan oleh Real Madrid bahawa mereka mahu mencari pemain di bahagian serangan yang dapat menggantikan pemain-pemain mereka yang agak berumur seperti Karim Benzema, Gareth Bale dan juga Cristiano Ronaldo.

Baru-baru ini, berita di Sepanyol telah menyatakan bahawa Gareth Bale telah dikaitkan perpindahan ke Manchester United manakala Cristiano Ronaldo pula telah memberitahu pada pihak atasan bahawa beliau sudah tidak mempunyai hati untuk bermain di Sepanyol ekoran kes pengelakan cukai yang dialami oleh beliau.

Jadi, ianya menguatkan spekulasi bahawa Real Madrid akan berusaha sedaya upaya mereka bagi mendapat pemain tersebut dibawa masuk ke dalam skuad mereka. Jadi, adakah ianya akan berlaku pada musim perpindahan Januari yang akan datang?

Saksikan aksi Mohamed Salah ketika mewakili bagi pasukan Liverpool di video bawah ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here