Image result for RAW 2017Nampaknya beliau kembali lagi.

Bekas juara dua kali Kejuaraan Divas dan bekas Juara Wanita NXT iaitu Paige telah kembali ke WWE dalam acara Monday Night RAW. Sebelum ini nama beliau begitu hangat di perkatakan untuk kembali ke WWE setelah terpalit dengan itu penggantungan serta tersebarnya video klip lucah beliau bersama beberapa orang bintang WWE lelaki selepas itu.

Beliau kembali ketika perlawanan ‘Fatal 4-Way Match’ untuk menetukan siapakah yang bakal menjadi pencabar NOMBOR SATU bagi Kejuaraan Wanita RAW yang kini dipegangoleh Alexa Bliss.

Image result for paige

Sewaktu perlawanan sedang berlangsung, secara tiba-tiba lagu tema Paige bergema menyebabkan WWE Universe bersorak gembira. Kepulangan gadis putih melepak ini bukan secara berseorangan apabila kemunculan dua orang bintang wanita dari NXT, Mandy Rose dan Sonya Deville (sebelum ini Daria Berenato) menyerang Shasha Banks, Mikie James, Bayley dan Alicia Fox dari belakang.

Terang lagi bersuluh, kembalinya Paige kali ini tidaklah berada di pihak yang baik(face, tetapi berada di pihak jahat(heel). Di belakang pentas pula, Alexa Bliss pula menjadi mangsa walaupun niat Bliss hanya untuk mengucapkan ‘SELAMAT KEMBALI’ kepada Paige.

Semoga kembalinya Paige serta dua orang bintang dari NXT akan memberi impak yang berbeza di tambah dengan kehebatan bintang dari Jepun, Emperor of Tomorrow, Asuka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here