Sejak Everton memecatkan jurulatih mereka Ronald Koeman ekoran prestasi buruk ketika beliau mengendali Everton, pengurusan mereka telah melantik jurulatih dari England, David Unsworth untuk menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh pengurus tersebut.

Terdapat pelbagai rumours bahawa Everton akan mencari jurulatih yang berkaliber dan berkualiti bagi pasukan mereka yang akan menghadapi saingan UEFA Europa League untuk yang akan datang. Terdapat pelbagai jurulatih berpengalaman yang tidak diikat oleh mana-mana kelab seperti Carlo Ancelotti, Luis Enrique dan sebagainya.

Tatkala pengurusan Everton sedang bertungkus lumus untuk mencari pengganti Ronald Koeman, kami admin Segalanya Sukan ingin mencadangkan bahawa Thomas Tuchel bagi kami merupakan calon yang sesuai untuk beliau mengendalikan kelab tersebut. Mengapa kami memilih Tuchel untuk menggalas tugas tersebut?

Nama Thomas Tuchel tidak asing lagi di dunia bolasepak moden ini dan beliau meningkat naik ketika mengendali Borussia Dortmund pada tahun 2015. Thomas Tuchel sebelum mengendali Borussia Dortmund, Tuchel mengendali pasukan FSV Mainz 05 pada tahun 2009. Beliau menjadi head coach di sana apabila diberi tawaran untuk mengambil alih tugas sebagai head coach.

Gaya Tuchel adalah beliau sering melakukan ‘homework’ ketika pasukan lain akan berhadapan dengan pasukan beliau. Ini kerana Tuchel ingin mengetahui dari segi kekuatan dan kelemahan pasukan tersebut sebelum beliau akan membuat setup dan planning kepada pasukannya.

Oleh sebab itu, Tuchel banyak kali menggunakan formasi kegemaran beliau iaitu 4-1-4-1, 4-1-3-2, 4-2-3-1 dan juga 3-3-2-2 untuk mengeksploit kelemahan dan menyekat kekuatan yang ada pada pasukan lawan. Justeru, ramai jurulatih dan juga penganalisis di rantau mereka menganggap beliau sebagai inovatif dan bijak untuk membaca strategi pihak lawan.

Seperti yang anda tahu, Thomas Tuchel mempunyai pegangan dua filosofi bolasepak daripada beliau iaitu Gegenpressing dan beliau juga gemar akan positional play diterapkan ketika mengendalikan Borussia Dortmund. Di Dortmund, dgn adanya pemain yang pernah berkerja di bawah Jurgen Klopp, beliau tidak mempunyai masalah jika menyuruh pemain mereka untuk melakukan counter-pressing untuk tempoh 90 minit. Anda boleh lihat video di bawah ini.

Dengan ramai pemain yang berteknikal tinggi di Dortmund, beliau gemar untuk mengarahkan anak-anak buah mereka untuk membuat passing dalam sistem rotation yang lebih advance dengan tidak membuatkan pemain Dortmund apabila mereka terlepas bola, mereka terpaksa untuk membuat gegenpressing ke atas pemain lawan.

Disebabkan itu, beliau banyak kali menggunakan formasi 4-1-4-1, dengan adanya pemain kreatif seperti Julian Weigl di dalam sistem ini, Weigl amatlah penting dalam sistem ini kerana beliau dapat memberi support kepada rakan midfield yang diberi peranan sebagai role no.8. Oleh sebab itu, mereka dapat menjana possession play antara mereka bagi membolehkan rakan lain untuk naik ke atas memadatkan bahagian serangan Dortmund terutamanya di bahagian wide area dan akan melakukan serangan dengan intensiti yang tinggi.

Jikalau Tuchel menggunakan formasi 4-2-3-1, beliau akan mengarahkan pemain serangan mereka untuk ‘overload’ di bahagian depan. Role no.6 juga merupakan peranan penting di dalam sistem kerana pemain role no.6 akan membuat support kepada pemain midfield di hadapan beliau untuk melakukan serangan dan membuat covering untuk bahagian pertahanan.

Kadangkala, apabila beliau menggunakan formasi 4-1-4-1, ketika mereka berada di tahap ultra offensive, dengan mengarahkan pemain full back mereka untuk membuat overlapping dan akan membuat cut inside, formasi mereka akan berubah menjadi 2-3-4-1.

Jadi, anda akan nampak bahawa beliau gemar dengan kehadiran pemain kreatif dan versatil yang boleh beroperasi sebagai ‘deep lying playmaker’, boleh membuat covering di ketika bertahan, dan juga gemar untuk membuat passing rotation iaitu possession play di antara pemain tengah mereka, pemain pertahanan tengah dan juga pemain fullback mereka.

Jikalau anda semua mengenali gaya pengendalian beliau, anda akan perasan bahawa beliau sering memberikan kepercayaan kepada pemain muda yang berkaliber dan berpotensi di dalam skuad Tuchel.

Jadi, apa yang kami ingin katakan sekarang ini, sistem attacking beliau adalah Tuchel mengarahkan dua pemain tengah yang berada di hadapan pemain no.6 itu untuk melakukan serangan. Oleh itu, ianya amat berguna kepada Everton kerana berdasarkan dari skuad Everton, terdapat ramai pemain yang boleh beroperasi di bahagian role yang agak hybrid iaitu dengan beraksi sebagai no.8 dan juga boleh menggalas tugas sebagai no.10 seperti Gylfi Sigurdsson, Davy Klaasen dan juga Wayne Rooney.

Pemain muda seperti Tom Davies juga boleh beroperasi pada role tersebut, tetapi jika Tuchel ingin menggunakan pemain yang mempunyai defensive minded, beliau juga boleh menggunakan Idrissa Gueye, Morgan Schneiderlin ataupun Mohamed Besic.

Dengan rekod beliau yang agak menakjubkan apabila menggunakan pemain muda seperti apa yang dilakukan oleh Jurgen Klopp dan juga Julian Nagelsmann, tidak hairanlah satu hari nanti beliau akan berjaya di Everton. Tuchel merupakan seorang jurulatih yang pandai untuk membina prestasi pemain untuk lebih tinggi dan menggunakan pemain muda dengan memberikan role dan tanggungjawab di atas padang.

Dengan adanya pemain muda seperti Mason Holgate, Dominic Calvert-Lewin, Ademola Lookman, dan juga Tom Davies di dalam skuad Everton, penekanan Tuchel terhadap pemain muda juga akan memberi impak positif kepada Everton apabila kelab tersebut melantik Tuchel menjadi pengendali bagi skuad Everton.

Adakah Tuchel bakal menjadi pengendali Everton untuk satu hari nanti? Apakah pendapat anda pada Tuchel? Anda boleh lihat video taktikal dan stats beliau di Dortmund ini.

Jikalau anda baru ingin mengenali siapakah itu Thomas Tuchel, anda lihatlah video ini terlebih dahulu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here