1. Jey Uso vs Shelton Benjamin

<p/>

Buat pertama kaliny selepas 7 tahun, The Gold Standard, Shelton Benjamin bermain dalam perlawanan secara solo apabila di jadualkan menentang Jey Uso.

Permulaan perlawanan agak baik apabila mereka saling berbalas serangan namun di penghujung perlawanan menjadi milik Shelton Benjamin yang memanfaatkan peluang dengan melakukan gerakkan ‘Playdirt’ dari kesilapan Jey ketika mahu melakukan ‘Frog Splash’.

Shelton Benjamin def Jey Uso

2. The Bludgeon Brothers vs The Hype Bros

<p/>

Akhirnya Luke Harper dan Erick Rowan kembali dengan gimmik yang baru untuk menentang The Hype Bros. Kemunculan semula bekas anggota The Wyatt Family ini tidak mendapat sokongan yang memberangsangkan dari WWE Universe.

Apa yang menariknya adalah apabila The Bludgeon Brothers ini mula memasuki gelanggang, lagu tema mereka agak baik dan WOW!

Mereka memulakan perlawanan dengan begitu agresif sehinggakan Mojo Rowley dan Zack Ryder tak mampu berbuat apa-apa.

Dengan hanya satu ‘Powerbom’ yang cukup kuat, debut pertama tag team baru ini mengejutkan ramai pihak.

The Bludgeon Brothers def The Hype Bros

Selepas perlawanan itu pula, Mojo dan Zack bergaduh antara satu sama lain kerana tidak berpuas hati mengenai kekalahan mereka tadi.

3. Charlotte vs Natalya – Kejuaraan Wanita Smackdown Live (SmackDown Womens’s Championship)

Enter caption

Perlawanan ulangan bagi Kejuara Wanita SmackDown Live di antara Charlotte dan Natalya kembali menghangatkan SDL minggu ini. Di pertengahan pertarungan hebat yang menyaksikan kedua-dua bintang ini saling berbalas serangan, secara tiba-tiba tiga orang bintang dari NXT ‘mengacau’ Natalya di tepi gelanggang menyebabkan pengadil mengarahkan perlawanan di batalkan.

Trio NXT yang muncul adalah trio yang sama membelasah Naomi dan Becky di ‘locker room’.

Natalya def Charlotte (DQ) tetapi Kejuaraan masih lagi milik Charlotte.

4. New Days vs Kevin Owen dan Sami Zayn – (Tag Team Lumberjack Main Event)

<p/>

Perlawanan ini boleh di gelar sebagai perlawanan untuk ‘mengajar’ Kevin dan Sami yang belot ketika acara Survivor Series tempoh hari apabila mereka menyerang SDL Commissioner, Shane McMahon.

Sebagai ‘denda’, Sami dan Kevin akan menentang The New Days dalam perlawanan beregu Lumberjack Match.

Perlawanan bermula dengan rancak, ahli The New Days jatuh di tepi gelanggang namun bintang lain tidak berbuat apa-apa kerana menyebelahi The New Days. Sami agak marah kerana bintang-bintang agak berat sebelah.

Keadaan menjadi kelam kabut apabila Sami yang terjatuh di tepi gelanggang, Baron Corbin cuba menumbuk Sami namun Sami berjaya mengelak dan terkena Bobby Roode yang ketika itu seakan menadah mukanya. Bobby Roode dan Baron bergaduh sesama sendiri, akhirnya seluruh bintang yang terlibat bergaduh sesama sendiri.

Peluang itu di ambil oleh Sami Zayn yang bijak melakukan jatuhan untuk menang. Kevin dan Sami kemudiannya di kepung oleh The New Days namun Kevin sempat melarikan diri apabila di bantu oleh Rusev dan Eden English lalu meninggalkan rakan baiknya, Sami Zayn keseorangan.

Sami di ‘lauk’kan oleh The New Days.

Kevin Owen dan Sami Zayn def New Days

-AT-

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here